Karangan Kesan Perbuatan Buli Terhadap Mangsa

Posted on  by admin

Gejala buli semakin disekolah semakin membimbangkan masyarakat terutamanya ibu bapa. Pada asasnya,gejala buli ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu buli mental dan bulifizikal. Buli mental ialah aktiviti buli yang melibatkan kutuk-mengutuk,ejek-mengejak, dan menyindir seseorang. Buli fizikal pula melibatkanpukul-memukul dan sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan kepada mangsabuli. Memang tidak dapat dinafikan, gejala buli mendatangkan pelbagai kesanburuk terutamanya kepada pelajar sekolah.

Oleh itu, langkah-langkah yang sesuaiperlu dilakukan untuk mengatasi masalah buli di sekolah. Pada pendapat saya, kesanutama gejala buli di sekolah ialah pelajar-pelajar yang dibuli akan berasatakut datang ke sekolah. Kita sedia maklum bahawa kebanyakan mangsa bulibiasanya bersaiz lebih kecil dari segi fizikal jika dibandingkan dengan pembuli.Oleh sebab itu, mereka tidak mampu melawan kerana takut dengan pembuli. Pembuli biasanya akan menyuruh merekamelakukan sesuatu untuk kepentingan pembuli sendiri. Jika mereka membantah,mereka akan dipukul dan didera.

Hari

Terdapat sesetengah pembuli yang membawakawan-kawannya untuk membelasah pelajar yang dibuli. Bagi pelajar-pelajarperempuan pula, mereka suka menyindir dan mengutuk sesama sendiri. Perbuatanini boleh menyebabkan mangsa tertekan dan ketakutan. Ini menyebabkan pelajaryang dibuli akan berasa takut dan tidak berani datang ke sekolah lagi. Jelaslahbahawa kadar ponteng sekolah dalam kalangan pelajar yang dibuli akan meningkatdisebabkan mereka takut datang ke sekolah.

Selain itu, kesan lain yangtidak boleh dikesampingkan ialah mangsa buli tidak dapat memberikan tumpuansepenuhnya terhadap pelajaran. Kejadian kes buli secara tidak langsung telah menyukarkanmangsa untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalamkelas. Hal ini demikian kerana merekasentiasa memikirkan tentang hal tersebut. Mereka juga sering ketakutan dansentiasa memikirkan perkara yang dilakukan oleh pembuli ke atas diri mereka.Mereka akan menjadi pasif dan tidak ceria. Mereka tidak berani berkomunikasidengan rakan-rakan dan guru-guru mereka. Mereka lebih suka menyendiri sambilmemikirkan nasib mereka yang malang.

Hal ini demikian kerana mereka telahdiugut supaya tidak melaporkan kejadian mereka dibuli kepada ibu bapa dan guru.Jika mereka melaporkan pembuli mengancam akan melakukan sesuatu yang lebihburuk ke atas diri mereka. Akibatnya, mereka selalu ponteng sekolah untukmengelakkan diri daripada dibuli.

Karangan

Inimenyebabkan prestasi akademik mereka merosot dan akhirnya mereka gagal dalam peperiksaan. Selanjutnya, gejala buliyang keterlaluan boleh menyebabkan mangsa buli bertindak untuk membunuh diribagi menamatkan penderitaan yang mereka tanggung.

Sudah terang lagi bersuluh, mangsabuli biasanya akan mengalami trauma dan ketakutan sepanjang masa. Berdasarkankajian dan bukti yang diperoleh, terdapat kes-kes yang tragik di mana mangsabuli telah membuat keputusan bahawa satu-satunya cara untuk menghentikankesengsaraan mereka adalah dengan membunuh diri sendiri. Sebagai contohnya,Vijah Singh yang berumur 13 tahun telah membunuh diri di dalam rumahnya diManchester, England. Di dalam diarinya dia telah mendedahkan kesengsaraannyaakibat dibuli.

Diari tersebut mencatatkan bahawa wangnya dirampas pada hariIsnin, hari Selasa dia dipersendakan, hari Rabu pula baju uniform dikoyakkan,hari Khamis badannya disimbah dengan darah, dan, hari Jumaat semuanya telahberakhir. Hari Sabtu dia telah mendapat kebebasan. Perkara ini menggambarkanbahawa kes buli yang keterlaluan boleh menyebabkan mangsa buli hilangpertimbangan dan kewarasan sehingga tergamak untuk menamatkan nyawa merekasendiri. Gejala buli tidak bolehdibiarkan berleluasa.

Karangan Kesan Perbuatan Buli Terhadap Mangsa Dan

Sebelum nasi menjadi bubur, beberapa langkah yangpragmatik dan sistematik untuk mengatasi masalah ini hendaklah dilakukan.Antara langkah yang boleh digunakan untuk mengatasi gejala buli di sekolahadalah dengan memperkukuh peranan ibu bapa. Ibu bapa hendaklah menerapkanajaran agama, moral dan nilai murni kepada anak-anak sejak kecil lagi.

Ibu bapaharus mendidik anak-anak mereka mengamalkan sikap saling menghormati danbertolenransi pada setiap masa. Kasih sayang dan perhatian yang secukupnya akanmembantu anak-anak mereka membesar dengan sempurna. Anak yang berkeperibadianterpuji merupakan anak-anak yang membesar dalam sebuah keluarga yang bahagia.Mereka tidak akan tergamak untuk menyakiti dan membuli orang lain kerana ibubapa telah menyemai ajaran-ajaran yang baik dan berguna di jiwa mereka sejakkecil, bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Seterusnya, peranan gurubimbingan dan kaunseling di sekolah hendaklah diperhebat. Hal ini demikiankerana di sesetengah sekolah, guru kaunseling sibuk membuat kerja lain daripadaberjumpa dengan pelajar bermasalah untuk menyelesaikan masalah mereka. Pelajarpula tidak mahu berjumpa dengan guru kaunseling kerana mereka tidak yakindengan kemampuan dan kebolehan guru tersebut. Oleh itu, guru bimbingan dankaunseling harus memainkan peranan lebih aktif.

Mereka hendaklah mengesan danmemberikan kaunseling motivasi kepada pelajar yang selalu dibuli. Biasanya,mangsa buli tidak mahu berkongsi masalah mereka dengan orang lain kerana takut.Dengan ini, guru bimbingan dan kaunseling dapat memulihkan semangat mangsabuli. Mereka juga akan lebih yakin untuk melaporkan kes yang hadapi. Akhirnya,pihak sekolah dapat mengambil tindakan yang tegas kepada pelajar-pelajar yangterlibat. Selanjutnya, tindakandisiplin dan undang-undang ke atas pembuli hendaklah dikaji dan dimurnikansemula.

Hal ini demikian kerana tindakan yang dikenakan ke atas mereka padamasa sekarang tidak menakutkan mereka untuk meneruskan perlakuan buli. PihakKementerian Pelajaran Malaysia mungkin boleh bekerjasama dengan pihak polisuntuk menangani masalah ini.

Pembuli yang ditangkap mungkin boleh dipenjarakanatau disuruh melakukan kerja-kerja kemasyarakatan selama beberapa tempohtertentu. Tujuannya adalah untuk menakutkan pembuli yang lain. Setiap pembulisewajarnya dikenakan hukuman yang setimpal seperti hantar pembuli ke pusatpemulihan akhlak atau digantungpersekolahan untuk memberikan kesedaran dan pengajaran kepada pelaku dan orangramai. Hal ini demikian kerana terdapat kes buli yang berakhir dengan kematian.Ini menggambarkan betapa kes buli amat serius jika dibiarkan tanpa tindakanyang sewajarnya. Si pembuli akan terus bermaharajalela mencari mangsanya.Tindakan mengampunkan pembuli dengan alasan mereka masih muda dan tidak sesuaidikenakan hukuman penjara haruslah dikaji semula bagi kes-kes buli yang ekstremkerana zaman berubah dan musim berbunga. Kesimpulannya,masalah ini perlu ditangani dengan segera kerana jika gejala ini menjadisemakin serius, mangsa buli akan berdepan dengan pelbagai risiko termasukkehilangan nyawa.

Lebih-lebih lagi, kebanyakan kes buli berlaku di kawasansekolah yang merupakan institusi formal untuk kita menjana modal insan yangbakal memimpin negara pada masa hadapan. Kita tidak mahu melahirkan generasimuda yang kejam, dan suka menindas orang lain untuk kepentingan dirinyasendiri. Dengan ini diharapkan, semua pihak seperti ibu bapa, guru sekolah,masyarakat, dan pihak berkuasa perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini.